suria

Zidane Pilihan Tepat Untuk Real Madrid - Beckham

Zidane dan Beckham pernah memperkuat Real Madrid suatu ketika dahulu.

LONDON: Zinedine Zidane merupakan individu paling layak memimpin Real Madrid, kata bekas rakan pasukannya, David Beckham.

Beckham menyatakan sokongan penuh terhadap pelantikan Zidane selepas Real Madrid memecat pengurusnya, Rafael Benitez tidak sampai tujuh bulan selepas menggantikan Carlo Ancelotti.

Sokongan itu dinyatakan Beckham menerusi laman Instagram miliknya.

"Adakah terdapat (individu) yang paling bagus daripada ini.

"Seorang lelaki hebat ketika di atas padang yang kami sayangi, mengambil alih kelab yang saya dan pastinya disukai ramai... seseorang yang bersemangat dan tidak menerima kekalahan dengan mudah," kata Beckham.

Beckham pernah beraksi bersama Zidane di Real Madrid selepas menyertai kelab itu dari Manchester United pada 2003.

Sementara itu, bekas rakan pasukan dalam skuad kebangsaan Perancis, Bixente Lizarazu berharap Zidane akan sukses dalam kariernya di Real Madrid.

"Saya amat gembira untuknya kerana saya tahu dia amat komited dalam bidang kejurulatihan sekarang. Ia pilihan hidupnya," kata Lizarazu.


Artikel Lain