suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid Pecat Benitez, Zidane Dilantik Pengurus Baharu

Zidane dilantik sebagai pengurus baharu Real Madrid.

RAFAEL Benitez sah dipecat sebagai pengurus Real Madrid tidak sampai tujuh bulan selepas dilantik menggantikan Carlo Ancelotti.

Benitez, bekas pengurus Liverpool, Chelsea, Inter Milan dan Napoli, menggantikan Ancelotti Jun lalu.

Real ketika ini menduduki tangga ketiga La Liga dengan ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Atletico Madrid, susulan tiga kekalahan musim ini termasuk diaibkan 4-0 di tangan Barcelona.

Susulan pemecatan Bentiez, bekas pemain kelab itu, Zinedine Zidane sebagai dilantik penggantinya.

Keputusan itu diumumkan Presiden Real Madrid, Florentino Perez dalam satu sidang media tergempar petang Isnin selepas Los Blancos terikat 2-2 dengan Valencia.

Zidane sebelum ini adalah jurulatih pasukan 'B' Real Madrid.

Beliau berkhidmat sebagai jurulatih kelab tersebut sejak 2013.

Dengan pelantikan tersebut, Zidane merupakan pengurus ke-11 dilantik sepanjang tempoh 12 tahun Real di bawah pimpinan Perez.

Namun, tempoh kontrak Zidane tidak dimaklumkan kepada umum.

Ujian pertamanya bersama Real adalah ketika menentang Deportivo la Coruna dalam aksi La Liga, Sabtu ini.

"Ia adalah hari yang penuh emosi, malah lebih beremosi berbanding ketika saya menandatangani kontrak sebagai pemain kelab ini.

"Real Madrid adalah kelab terhebat dunia dengan mempunyai penyokong di seluruh dunia. Saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kita menamatkan musim ini dengan memenangi trofi," kata Zidane.



Real ketika ini menduduki tangga ketiga La Liga dengan ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Atletico Madrid, susulan tiga kekalahan musim ini termasuk diaibkan 4-0 di tangan Barcelona.

Benitez, bekas pengurus Liverpool, Chelsea, Inter Milan dan Napoli, menggantikan Ancelotti Jun lalu.


Real ketika ini menduduki tangga ketiga La Liga dengan ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Atletico Madrid, susulan tiga kekalahan musim ini termasuk diaibkan 4-0 di tangan Barcelona.

Benitez, bekas pengurus Liverpool, Chelsea, Inter Milan dan Napoli, menggantikan Ancelotti Jun lalu.


Benitez, bekas pengurus Liverpool, Chelsea, Inter Milan dan Napoli, menggantikan Ancelotti Jun lalu.
Benitez, bekas pengurus Liverpool, Chelsea, Inter Milan dan Napoli, menggantikan Ancelotti Jun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain