suria

Jutawan Jordan Rancang Beli Kelab Terkenal Liga Perdana Inggeris

Hasan Abdullah Ismaik berada di London dan turut menyaksikan aksi pasukan Chelsea dan Arsenal minggu lalu.

JUTAWAN Jordan, Hasan Abdullah Ismaik dilaporkan cuba mengubah angin untuk membeli kelab di Liga Perdana Inggeris (EPL), selepas memiliki sebuah kelab Jerman, 1860 Munich empat tahun lalu.

Ismaik  merancang untuk mengembangkan empayarnya selepas membuat perbincangan terbuka dengan dua kelab terkenal liga perdana.

Minat untuk membeli kelab EPL timbul selepas Ismaik kecewa dengan percubaan 1860 Munich yang beraksi dalam Divisyen Dua Jerman gagal untuk mara ke liga utama.

Ismaik yang memiliki 60 peratus saham di kelab itu merupakan usahawan perkapalan terkenal malah namanya turut disenaraikan dalam majalah Forbes sebagai salah seorang individu terkaya dunia dengan aset lebih kurang $2 bilion (RM8.6 bil).

Selain dua kelab di EPL, Ismaik turut dilaporkan membuat perbincangan dengan dua kelab lagi di Liga Kejuaraan Inggeris. 

"Kesukaran di Jerman bermakna kami akan mengalami kekecewaan dan tidak akan datang ke UK.

"Namun sebaliknya kerana kami rasakan perlu datang ke sini dan membeli kelab seterusnya membuat pelaburan di negara yang mempunyai semangat sukan bola sepak yang menarik.

"Bola sepak Inggeris mempunyai sejarah kelab yang besar bersama aksi liga yang luar biasa dan persekutuan turut memberi sokongan untuk kelab-kelab kecil dan juga kepada pelabur.

"Malah terdapat juga peraturan-peraturan yang menggalakkan pelabur-pelabur diberi kuasa campur tangan untuk membuatkan kelab mereka berjaya.

"Ia mungkin mengambil masa berbulan-bulan, mungkin tiga tahun tetapi kami tetap akan membuat pertimbangan untuk melabur di England," jelas Ismaik yang berada di London minggu ini kepada Sportsmail.

Ismaik menyelamatkan kelab 1860 Munich daripada masalah kewangan pada tahun 2011, namun kuasanya sebagai pemilik agak terhad berdasarkan peraturan utama kelab-kelab di Jerman.

Dia hanya diberi 49 peratus untuk bersuara, dan terlalu ramai individu yang terlibat dalam proses membuat keputusan untuk kelab.

Selain itu, ketika berada di London, Ismaik menyaksikan aksi kelab Chelsea yang menewaskan Sunderland Sabtu lalu, dan Arsenal menumpaskan Manchester City pada Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain