suria

Legenda Bola Sepak Inggeris Don Howe Meninggal Dunia

Don Howe
LONDON: Bekas pemain pertahanan England yang juga pernah menjadi anggota penting dalam sejarah kejurulatihan England, Don Howe meninggal dunia pada usia 80 tahun.

Pemergian Howe telah diumumkan awal pagi Khamis oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) dan juga dua pasukan yang pernah disertai dan diuruskan beliau,
West Bromwich Albion dan Arsenal.

Pengerusi Arsenal Chips Keswick berkata Howe telah mengharungi satu 'pertempuran panjang dengan penyakit' sambil menambah namanya akan diabadikan dalam buku-buku sejarah sebagai salah seorang tokoh bola sepak yang paling berpengaruh dalam sejarah kelab itu.

FA berkata Howe menjadi salah seorang daripada jurulatih yang paling dihormati dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an, Howe bekerja di bawah pengurus England Ron Greenwood, Bobby Robson dan Terry Venables, di mana pasukannya mara ke separuh akhir Kejohanan Eropah pada 1996.

Howe memenangi 23 gelaran sebagai pemain England dan menjaringkan 19 gol dalam 379 penampilan untuk West Brom.

Beliau berpindah ke Arsenal dan memulakan latihan di kelab utara London itu selepas bersara sebagai pemain.

Howe terlibat dengan Arsenal selama lima dekad, menyertainya sebagai pemain pada tahun 1964 dan menjadi pengurus pada tahun 1984.

Beliau kembali sebagai jurulatih pasukan belia di Gunners pada tahun 1997 sebelum bersara pada tahun 2003.

"Beliau sama sekali salah seorang jurulatih terbaik yang pernah saya kenal dalam hidup saya dan sudah tentu pada pendapat saya juga merupakan salah seorang jurulatih terbaik yang pernah dimiliki England" kata pengurus England, Roy Hodgson.

Don Howe, legenda bola sepak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Serie A

Artikel Lain