suria

Pemain, Jurulatih, Pengurusan Man United Capai Kata Sepakat

LOUIS Van Gaal mengadakan perbincangan dengan pemain senior Manchester United bagi menyelesaikan krisis skuad itu selepas mereka tewas kali ketiga pada Sabtu lalu kepada Norwich City.

Ketua pasukan Manchester United iaitu Wayne Rooney, Michael Carrick, Chris Smalling dan Juan Mata antara pemain yang lantang dan terlibat dalam perbincangan dengan jurulatih kelahiran Belanda itu.

Dalam perbincangan tersebut, pertukaran yang perlu dibuat tertumpu kepada kaedah latihan dan taktikal yang akan digunakan dalam perlawanan seterusnya.

Hasil perbincangan tersebut, pihak kejurulatihan, pengurusan dan pemain mencapai kata sepakat dan berjanji untuk berkerjasama dalam membawa United ke landasan asal serta mengejar kejuaraan.

Van Gaal dilapor telah diarahkan untuk berbincang dengan pemain selepas moral mereka menurun akibat perselisihan yang timbul.

Bekas Jurulatih Barcelona dan Bayern Munich itu juga telah bertemu dengan Ketua Eksekutif kelab, Ed Woodward bagi menyelesaikan beberapa masalah yang timbul antara pemain dengan pihak pengurusan.

United juga kelihatan lebih tenang daripada terus mengikut rentak khabar angin yang mendakwa Jose Mourinho akan dilantik membimbing kelab berkenaan.

Manchester United

Artikel Berikut

Artikel Lain