suria

Rasuah: Blatter, Platini Digantung Lapan Tahun

Sepp Blatter.

ZURICH: Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter dan Presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), Michel Platini pada Isnin dikenakan hukuman penggantungan selama lapan tahun daripada aktiviti berkaitan bola sepak selepas kedua-dua mereka didapati bersalah dalam kes rasuah.

Blatter dan Platini yang turut didenda, digantung pada Oktober lalu semasa siasatan dijalankan ke atas suapan berjumlah £1.3 juta.

Keputusan itu menyaksikan kepimpinan Blatter dalam dunia bola sepak selama 17 tahun berakhir dengan keaiban manakala hasrat Platini musnah untuk menggantikan Blatter, 79, dalam pemilihan presiden pada Februari depan.

Blatter sebelum ini mengumumkan untuk tidak bertanding pada pemilihan presiden.

Beliau yang merupakan warganegara Switzerland telah memimpin FIFA sejak 1998.

Terdahulu, Blatter yang digantung tugas, mengaku tidak bersalah di atas dakwaan rasuah.

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain