suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man City Semakin Hampir Dapatkan Pep Guardiola

MANCHESTER City semakin hampir mendapatkan Pep Guardiola untuk musim depan apabila jurulatih kelahiran Sepanyol itu sedia meninggalkan Bayern Munich.

Bekas jurulatih Barcelona itu dilapor akan mengumumkan keputusan untuk meninggalkan Bayern dalam tempoh terdekat, sekaligus membuka laluan kepada City.

Jurulatih City ketika ini, Manuel Pellegrini masih mempunyai baki kontrak selama 18 bulan, namun dia tidak lagi menjadi pilihan kelab tersebut.

Guardiola memilih City selepas 'dilamar' Ketua Eksekutif City, Ferran Soriano dan Pengarahnya Txiki Begiristain yang pernah berkerja bersama di Barcelona.

Dengan pemindahan Guardiola ke City, kelab tersebut yang mempunyai pemain bertaraf bintang bakal menjadi perhatian dunia.

Ketibaan Guardiola pada awal musim depan dijangka akan memaksa City mengeluarkan perbelanjaan besar bagi mendapatkan Paul Poga dari Juventus dan pertahanan Everton, John Stones.

Kedua-dua pemain muda itu dianggar bernilai £100 juta.

Manchester City, Bayern Munich

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain