suria

Bintang Baru United Memphis Depay Sertai Latihan Buat Pertama Kali

Bintang baru Manchester United, Memphis Depay (tengah) bersama-sama (dari kiri) Wayne Rooney, Michael Carrick dan Phil Jones dalam sesi latihan pertama pra-musim kelab itu di Carrington, Manchester, pada Isnin.

BINTANG baru Manchester United, Memphis Depay buat pertama kalinya dirakam menjalani latihan di pusat Carrington, bersama-sama rakan sepasukannya yang lain sejak menyertai kelab itu pada 7 Mei lalu.

Skuad Louis van Gaal itu telah memulakan latihan untuk pra-musim pada Isnin.

Depay (kiri) tenang berlatih bersama-sama Luke Shaw sambil diperhatikan Van Gaal.
  

Turut berada di atas padang ialah penjaga gol David De Gea yang disebut-sebut akan meninggalkan United untuk ke Real Madrid namun tiada apa yang menjadi kenyataan setakat ini.

Memphis Depay menyertai Manchester United dari juara Belanda, PSV Eindhoven dengan yuran perpindahan sebanyak £25 juta.

Pemain berusia 21 tahun itu merupakan satu-satunya muka baru dalam skuad United buat masa ini.

Depay dilihat memakai baju latihan dengan nombor skuad 26.
Van Gaal (kiri) memerhatikan Depay ketika sesi latihan pra musim.


Jersi nombor 26 sebelum ini pernah dipakai oleh Shinji Kagawa, Gabriel Obertan dan Manucho.

United dijadualkan berlepas ke Amerika Syarikat untuk perlawanan pra-musim menentang Club America di Seattle, San Jose Earthquakes di San Francisco, Barcelona di California dan Paris Saint-Germain di Chicago.

Artikel Lain