suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tenis Wimbledon: Murray Bangkit Teruskan Kemaraan

Andy Murray.

ANDY Murray meneruskan kemaraan ke pusingan keempat kejohanan Tenis Wimbledon selepas menundukkan Andreas Seppi 6-2 6-2 1-6 6-1, awal pagi Ahad.

Selepas Murray menguasai dua set terawal, Seppi yang juga pemain pilihan ke-25 terpaksa memanggil pasukan perubatan untuk merawat kecederaan kakinya.

Apa yang berlaku seterusnya amat mengejutkan apabila Seppi berjaya memenangi set ketiga dan menjejaskan permainan awal set keempat juara 2013 itu. 

Namun, Seppi gagal menjinakkan Murray pada set akhir yang nyata masih berbisa.

"Bahu saya ok sekarang. Pada akhir perlawanan set kedua, bahu saya mula terasa sakit. Apabila saya mengambil ubat, ia ok seketika," katanya.

Murray akan menjadi pemain tunggal untuk beraksi di hadapan penyokong sendiri pada Isnin ini selepas rakan senegaranya, James Ward tewas kepada Vasek Pospisil pada perlawanan berasingan.

Andy Murray, Tenis Wimbledon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Tenis Wimbledon

Artikel Lain