suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Copa America: Chile Benam Argentina, Tamat Penantian 99 Tahun

Chile menewaskan Argentina untuk menenangi perlawanan Copa America 2015, awal pagi Ahad.

CHILE memenangi trofi perlawanan Copa America yang pertama dalam sejarah bola sepak negara itu selepas menewaskan Argentina 4-1 menerusi penentuan penalti di Santiago, awal pagi Ahad.

Kemenangan itu juga membantu Chile menamatkan penantian selama 99 tahun untuk menjulang trofi tersebut.

Kedua-dua pasukan sekadar terikat seri tanpa jaringan sehingga wisel penamat dibunyikan sehingga memaksa perlawanan diheret ke penentuan penalti.

Penyerang Alexis Sanchez muncul wira Chile apabila melengkapkan penalti keempat pasukan itu selepas percubaan Gonzalo Higuain gagal menembusi gawang tuan rumah.

Malang terus menimpa Argentina apabila percubaan rakan sepasukan Higuain, Ever Banega berjaya diselamatkan penjaga gawang Claudio Bravo.

Penyerang sensasi Barcelona, Lionel Messi merupakan pemain tunggal yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk Argentina pada perlawanan penuh mendebarkan itu.

Terdahulu, percubaan Matias Fernandez, Arturo Vidal dan Charles Aranguiz berjaya menggegar gawang Argentina sebelum Sanchez melengkapkan penalti kemenangan Chile.

Barisan pemain:

CHILE: Bravo, Isla, Silva, Medel, Beasejour, Aranguiz, Diaz, Vidal, Valdivia, Sanchez, Vargas. 

ARGENTINA: Romero, Zabaleta, Demichelis, Otamendi, Rojo, Biglia, Mascherano, Pastore, Messi, Aguero, Di Maria.


Chile, Argentina, Copa America 2015

Artikel Sebelum

Jadual Grand Prix Britain

Artikel Berikut

Artikel Lain