F1: Kurangkan Kos Untuk Elak Krisis Besar - Sukan | mStar

F1: Kurangkan Kos Untuk Elak Krisis Besar

BEKAS Presiden Persatuan Automotif Antarabangsa (FIA), Max Mosley percaya sukan Formula Satu (F1) perlu mengurangkan kos untuk mengelak daripada krisis besar.

Dengan dana bagi setiap pasukan kini mencecah £158 juta kebanyakkan pasukan dilihat tidak mampu lagi menampung kos yang tinggi itu.

Selepas musim 2014, Caterham menghentikan penyertaan mereka dan Marussia pula dilihat hampir pasti meninggalkan sukan itu sebelum pasukan itu dibina semula dengan nama Manor Marussia.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pasukan yang dilaporkan akan menghadapi masalah kewangan dan Mosley merasakan tindakan perlu diambil untuk mengelakkan lebih ramai pasukan menarik diri dari sukan F1 ini.

"Tiada jalan lain mengenai perkara ini dan sekiranya F1 diteruskan dengan cara ini maka ia akan menjurus kepada krisis besar.

"Masa depan enam daripada 10 pasukan masih lagi tidak menentu kerana kos yang tinggi dan ini menyebabkan ia tidak lagi kompetitif dan kadang kala ia memberikan perlumbaan yang membosankan," kata Mosley.

Mosley yang menjadi presiden persatuan sehingga 2009 selalu menyokong cadangan mengurangkan kos dan dia juga telah mencadangkan jalan penyelesaian dengan memanfaatkan kebebasan teknologi.

"Cadangan saya adalah untuk memberikan kebebasan kepada semua pasukan dalam penggunaan teknologi dan ini akan membuatkan sukan ini lebih kompetitif serta menarik semula minat orang ramai," katanya.

Mosley juga percaya bahawa pengurangan kos tidak boleh dielakkan sekiranya jumlah penonton semakin menurun kerana ia akan memberi kesan kepada para penaja.

"Sekiranya penonton tidak lagi berminat untuk datang dan menyaksikan perlumbaan, kejohanan Grand Prix tidak akan menjadi tarikan lagi bagi para penaja.

"Apabila jumlah penonton televisyen juga semakin berkurangan, Bernie Ecclestone perlu mengurangkan bayaran kontrak yang telah ditetapkan dan dari situ sukan F1 akan terus jatuh," kata Mosley lagi.

F1 , FIA

Artikel Sebelum

Guardiola Nafi Bayern Mahukan Di Maria

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain