suria

Man United Minta Real Madrid Berhenti Minta Diskaun

MANCHESTER United dilaporkan telah meminta Real Madrid untuk tidak lagi berkompromi mengenai yuran pemindahan David De Gea.

United bertindak demikian bagi menafikan laporan media Sepanyol yang mendakwa Real telah mencapai kata sepakat dengan Old Trafford untuk mengurang yuran pemindahan De Gea dari £35 juta kepada £25 juta.

Sumber terdekat dengan pihak pengurusan kanan United mendedahkan, kelab itu tidak akan mengurangkan jumlah tuntutan mereka, walaupun terpaksa melepaskan De Gea secara percuma selepas 12 bulan baki kontraknya tamat.

De Gea, 24, sebelum ini telah diundi sebagai pemain terbaik United oleh penyokong kelab itu selepas berjaya membantu pasukan berkenaan untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di kedudukan keempat.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu, penjaga gol terbabit bertindak menolak tawaran lanjutan kontrak termasuk gaji lumayan sebanyak £200,000 sebulan yang ditawarkan United.

Manchester United bertindak menolak sebarang perbincangan mengenai pengurangan yuran pemindahan kerana mahu menjual De Gea sebagai penjaga gol termahal dunia.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain