suria

Pemain Antarabangsa Brazil Douglas Costa Sertai Bayern Munich

Douglas Costa menandatangani kontrak bersama Bayern Munich untuk musim depan.

JUARA Jerman, Bayern Munich memperkukuhkan jentera serangan mereka dengan membeli pemain tengah sensasi Brazil, Douglas Costa dari Shakhtar Donetsk pada harga £21 juta.

Costa, 24, menandatangani kontrak lima tahun dengan skuad Pep Guardiola itu.

"Ini bagaikan mimpi buat saya," kata Costa ringkas yang baru sahaja selesai menyertai temasya Copa America bersama skuad kebangsaan Brazil.

Pembelian Costa sekaligus menghangatkan kembali spekulasi yang pemain tengah Bayern, Bastian Schwensteiger bakal meninggalkan kelab itu dan menyertai Manchester United.

Guardiola, kini bukan sahaja mempunyai Costa malah Franck Ribery, Thiago Alcantara, Xabi Alonso dan Javi Martinez untuk posisi tengah - menjadikan Schweinsteiger, 30, sebagai pemain pilihan terakhir.

Pemain antarabangsa Jerman itu hanya berpeluang beraksi 20 kali dalam perlawanan liga musim lalu - yang terendah baginya sejak menyertai Bayern pada 2002.

Costa pula telah menghasilkan 29 gol dalam 149 perlawanan liga untuk Shakhtar, yang mana dia turut memenangi lima kejuaraan liga bersama mereka.


Artikel Lain