suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukan SEA 2017: Atlet Perlu Usaha Capai Sasaran Juara Keseluruhan

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh dua tahun ini, atlet negara perlu melipat gandakan usaha bagi merealisasikan impian kontinjen Malaysia selaku tuan rumah Sukan SEA 2017 untuk bergelar juara keseluruhan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, menjadi juara keseluruhan seperti yang berlaku pada 2001 bukanlah tugas mudah.

"Pada Sukan SEA 2001 kontinjen negara berjaya menjadi juara keseluruhan, tetapi kena ingat ketika itu kita bentuk menerusi Sukan Komanwel 1998 (Program Komanwel '98).

"Tetapi kali ini tak ada lagi program seperti itu dan terpaksa bentuk daripada asas lebih rendah.

"Biarpun cabaran itu tinggi, tetapi tidak bermakna kita tidak meletak sasaran. Saya rasa rakyat Malaysia layak untuk meletakkan sasaran tinggi bergelar juara keseluruhan," jelasnya ketika ditemui media selepas Majlis Berbuka Puasa Kementerian Belia dan Sukan-Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada Isnin.

Dalam pada itu, Khairy bercadang menjemput wakil SAM menyertai mesyuarat Jawatankuasa Induk Sukan SEA sebagai persediaan selau tuan rumah 2017.

"Keputusan acara dan venue akan dimuktamatkan tahun depan. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mengadakan perbincangan dan akan diangkat kepada jawatankuasa induk yang dipengerusikan oleh saya bagi mendapatkan keputusan akhir.

"Sebab ini adalah penganjuran peringkat nasional, jadi saya perlu memaklumkan perkara ini kepada kabinet, dan setelah dipersetujui baharulah kita akan umumkan di peringkat jawatankuasa penganjur," jelas Khairy.

Artikel Lain