Chong Wei Rangkul Trofi Terbuka Kanada - Sukan | mStar

Chong Wei Rangkul Trofi Terbuka Kanada

Lee Chong Wei.

PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengekalkan prestasi terbaiknya apabila menjuarai Terbuka Kanada, di Calgary, Kanada, awal pagi Isnin.

Pada saingan itu, Chong Wei menjinakkan pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long, 21-17, 21-13.

Terdahulu, beliau turut menjuarai Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat (AS), dua minggu lalu.

Ia adalah kejuaraan pertama dimenanginya selepas menjalani hukuman penggantungan selama lapan bulan akibat kesalahan doping.

Dua kemenangan yang dirangkul Chong Wei membuktikan beliau masih lagi pemain harapan negara.

Lee Chong Wei , Terbuka Kanada

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel