suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Phil Neville Dilantik Pembantu Jurulatih Di Valencia

VALENCIA mendedahkan telah melantik Phil Neville sebagai pembantu kepada ketua jurulatih Nuno Espirito Santo.

Perlantikan bekas pemain Manchester United dan Everton ini pastinya sesuatu yang mengejutkan selepas lebih setahun bekerja untuk BBC.

Valencia sememangnya mencari pembantu jurulatih selepas Cathro meninggalkan kelab ini untuk membantu Steve McClaren di Newcastle sekaligus Neville muncul bagi memenuhi permintaan kelab ini.

Pemilik Valencia, Peter Lim yang juga pemegang 50 peratus saham di Salfort City dengan Neville dan beberapa pemain 'Class Of 92' yang memberi makna tersendiri mengapa kelab ini menyasarkan bekas pemain pertahanan serta pemain tengah.

Di laman rasmi kelab ini, Valencia mengesahkan perlantikan ini dan berkata: "Phil Neville dilantik menjadi pembantu kepada ketua jurulatih Nuno Espirito Santo".

Phil Neville, Valencia

Artikel Berikut

Artikel Lain