suria

Bintang Bola Sepak Wanita England Pernah Tidur Di Jalanan

TIADA sesiapa yang menduga kehidupan sukar pemain tengah wanita England, Fara Williams yang dianggap satu paradox sebelum menjadi salah seorang bintang bola sepak terkenal.

Dibesarkan oleh ibunya bersama tiga orang adik beradiknya di sebuah daerah selatan London,  malah Williams menghabiskan masa kanak-kanaknya di rumah datuk dan neneknya.

Ketika usia 17 tahun, keadaan keluarganya semakin menyempit membuatkan Williams pernah tidur di jalanan.

Namun dengan kelebihan dan minatnya suka bermain bola sepak, Williams dipilih menyertai skuad England.

Selepas beberapa kali membuat penampilan, dia menjadi salah seorang pemain terkemuka dalam masa sama kisah hidupnya disimpan rapi.

Williams menyambut kelahiran yang ke-18 dan 21 tahun di hostel pusat latihan bola sepak England.

Hidup Williams semakin baik selepas menandatangi perjanjian kontrak bersama Everton pada usia 23 dan beberapa tahun selepas itu bermain untuk Liverpool.

Selepas enam tahun beraksi dengan skuad kebangsaan, Williams, 31, masih lagi menjadi senarai pilihan pertama skuad Lionesses ini.

Pada Rabu ini, pasukan Williams bakal berdepan dengan jaguh bola sepak Asia, Jepun dalam saingan separuh akhir Piala Dunia Wanita 2015 yang berlangsung di Kanada.

Fara Williams, England

Artikel Lain