suria

Copa America 2015: Paraguay Singkir Brazil Melalui Penalti

Pemain Paraguay meraikan kejayaan mereka menewaskan Brazil.
BRAZIL tersingkir daripada aksi Copa America 2015 di peringkat suku akhir selepas tewas kepada Paraguay 4-3 menerusi sepakan penalti, awal pagi Ahad.

Terdahulu, perlawanan terpaksa diheret ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat seri 1-1.

Kemaraan Paraguay menyaksikan pasukan itu bertemu Argentina di peringkat separuh akhir.

Anak buah Dunga mendahului babak pertama menerusi jaringan Robinho seawal minit ke-15 selepas menyempurnakan hantaran kemas Dani Alves.

Namun, Paraguay meranapkan impian Brazil untuk terus kekal selesa apabila Derlis Gonzalez menyamakan kedudukan pada minit ke-72, selepas bola terkena tangan Thiago Silva.

Nasib terus menyebelahi Paraguay apabila melayakkan diri selepas menang menerusi penentuan penalti. 

Episod malang bagi Brazil apabila sepakan Everton Ribeiro dan Douglas Costa gagal menerjah gawang Paraguay.

BARISAN PEMAIN:

Brazil: Jefferson, Alves, Thiago, Miranda, Luis, Fernandinho, Elias, Willian, Coutinho, Firmino, Robinho. 

Paraguay: Villar, Valdez, Da Silva, Aguilar, Piris, Gonzalez, Caceres, Aranda, Benitez, Valdez, Santa Cruz.

 


Paraguay, Brazil, Copa America 2015

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain