suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Copa Amerika: Tevez Bawa Argentina Ke Aksi Separuh Akhir

Tevez tenang melakukan sepakan penentuan menewaskan Ospina.

ARGENTINA mara ke saingan separuh akhir selepas memenangi aksi penalti penuh dramatik mengetepikan Colombia 5-4 pada Sabtu.

Perlawanan suku akhir kedua-dua pasukan ini menjadikan rekod permainan paling lama dalam sejarah kejohanan Copa Amerika.

Kedua-dua pasukan gagal mencari sebarang gol dalam tempoh permainan sebenar sehingga perlawanan di heret ke aksi sepakan penalti.

Permulaan sepakan penalti yang seimbang dengan kedua-dua pasukan berjaya menyempurnakan sepakan masing-masing.

Namun selepas itu, kegagalan pemain Colombia Luis Muriel dan Argentina Lucas Biglia memaksa aksi sepakan 'sudden death' dilakukan.

Penjaga gol Colombia, David Ospina menjalani tugasnya dengan baik malah turut menghalang Lionel Messi daripada menyentuh gawangnya.

Namun Ospina tewas akhirnya di kaki Carlos Tevez pada aksi sepakan penentuan terakhir.

Pasukan bimbingan Gerardo Martino ini bakal berdepan sama ada dengan Paraguay atau Brazil pada saingan separuh akhir nanti.

Carlos Tevez, Argentina, Copa Amerika

Artikel Lain