suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Morgan Schneiderlin Ke Man United Minggu Depan?

MANCHESTER United dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan pemain tengah Southampton, Morgan Schneiderlin dengan nilai £24 juta.

Kelab gergasi itu dijangka akan menewaskan Arsenal dan Tottenham yang turut bersaing untuk mendapatkan pemain berkenaan yang didakwa bakal menjadi pemain kedua yang diikat Louis van Gaal bagi musim ini.

Schneiderlin pada Rabu memberitahu, dia berharap perkembangan mengenai masa depannya akan selesai pada minggu depan, apabila Southampton kembali menjalani latihan pramusim.

Van Gaal sebelum ini dikatakan telah menghantar Ketua Eksekutif United, Ed Woodward untuk mendapatkan Schneiderlin yang merupakan pemain tengah Perancis dalam saingan Piala Dunia 2014.

Schneiderlin pada musim lalu nyaris berhijrah ke Arsenal namun kelabnya enggan melepaskan pemain berkenaan.

Manchester United, Southampton

Artikel Lain