Kit Tuan Rumah Baharu Arsenal Kekal Warna Tradisi - Sukan | mStar

Kit Tuan Rumah Baharu Arsenal Kekal Warna Tradisi

Filem Powered By Fans yang dibintangi Olivier Giroud, Santi Cazorla, Héctor Bellerín, Nacho Monreal dan beberapa pemain skuad utama Arsenal.

PETALING JAYA: Kit tuan rumah (home) terbaharu Arsenal bagi musim 2015/16 mula dijual pada Khamis secara atas talian dan di rangkaian pengedar seluruh dunia. 

Menampilkan warna tuan rumah tradisi Arsenal dipadankan dengan pendekatan moden terhadap material beserta garis bayang formal, kit terbaru ini akan dapat dilihat di atas padang buat kali pertama pada Julai ini sewaktu pra-musim.

Jersi tuan rumah baharu Arsenal bercirikan grandad collar dan diliputi figura emas di sekitar tepi kolar, manakala warnanya kekal kepada warna klasik merah dan jalur putih The Gunners yang pertama kali dipakai pada 1933.  

Warna utama adalah merah yang mewakili tradisi Gunners sejak bertahun lamanya, dengan terdapat jalur 'jacquard' tebal secara mendatar.

Lengan putih menampilkan 'Form Strip' klasik PUMA, yang ditonjolkan secara elegan dengan figura merah beserta jaringan untuk pengudaraan.  

Musim ini, PUMA telah meletakkan peminat sebagai nadi kempen Arsenal 2015/2016, 'Powered By Fan's yang mengisahkan tentang pentingnya peminat Arsenal kepada kelab dan pemain dalam membantu menyuntik motivasi dan meningkatkan prestasi mereka di atas padang. 

Peminat-peminat The Gunners boleh membelinya di butik-butik PUMA dengan harga RM269 sehelai.

Sementara itu pelancaran rasmi kit tempat lawan (away) bakal diadakan di Singapura pada 14 Julai ini bersama pemain-pemain Arsenal. 


kit Arsenal , tuan rumah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain