suria

Ramos Minta Tinggalkan Real Madrid, United Buat tawaran £35 Juta

Sergio Ramos
SERGIO Ramos dilaporkan telah meminta untuk meninggalkan Real Madrid dengan Manchester United membuat tawaran £35 juta untuk pemain pertahanan itu.

Pelbagai laporan mendakwa United sedang berurusan untuk mendapatkan pemain antarabangsa Sepanyol itu, yang sedang berdepan pertikaian ke atas kontrak baharu di Bernabeu.

Ramos, seperti yang dilaporkan oleh Andy Mitten pada Khamis, memohon gaji sebanyak €10 juta setiap tahun tetapi Presiden Madrid Florentino Perez telah menolak untuk memenuhi permintaan pemain yang mempunyai baki dua tahun dalam kontrak itu.

Kini Ramos dalam pertemuan dengan ketua eksekutif Madrid Jose Angel Sanchez dan ejennya Rene  telah dilaporkan berkata bahawa dia mahu kelab itu untuk mengadakan perbincangan dengan United dan membincangkan penghijrahannya.

Wakil pemain pertahanan itu, Pedro Riesco mendedahkan ketegangan di Madrid dalam satu temu bual pada Rabu, memberitahu Radio Marca: "Dengan apa yang telah berlaku, sangat sukar untuk Sergio Ramos terus kekal di Madrid.

"Sergio adalah lambang kepada kelab ini. Dia tidak mempunyai apa-apa untuk dibuktikan. Tetapi begitu banyak perkara yang sedang diperkatakan mengenai dirinya. Terdapat begitu banyak manipulasi untuk memburukkan namanya melalui jurucakap yang berkelakuan seperti boneka mengatakan dia tidak menghormati kelab dan dia hanya mahu mendapatkan wang. "
SERGIO Ramos

Artikel Lain