suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hoki: Malaysia Belasah Ireland 4-2

PETALING JAYA: Skuad hoki negara mengalahkan Ireland 4-2 untuk melangkah ke peringkat suku akhir saingan kumpulan B Liga Hoki Dunia di Stadium K.H.C Dragons, di Antwerp, Belgium, Khamis.

Kejayaan itu memberi peluang kepada skuad bimbingan Tai Beng Hai untuk menduduki sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam kumpulan B bagi untuk menempah tiket ke Sukan Olimpik Rio 2016.

Pada perlawanan itu, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin menghasil mata pertama buat skuad negara pada minit ke-13.

Bagaimanapun The Green Machines bangkit menyamakan kedudukan 1-1 seminit kemudian menerusi pukulan Peter Caruth.

Malaysia kembali mendahului apabila kapten pasukan, Muhammad Razie Abdul Rahim menghasilkan gol kedua pada minit ke-16.

Malangnya Ireland tidak perlu berusaha keras apabila Shane O'Donoghue menyamakan kedudukan dua minit kemudian.

Sukri Mutalib tampil sebagai hero apabila menjaringkan gol ketiga sebelum Izwan Firdaus menjadikan kedudukan 4-2 pada minit ke-53.

hoki, Ireland

Artikel Lain