suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala AFC Remaja Perempuan B-14: Malaysia Layak Ke Separuh Akhir

KUALA LUMPUR: Malaysia layak ke separuh akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Remaja Perempuan Bawah 14 Tahun peringkat Zon ASEAN selepas seri 2-2 dengan Filipina pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Hanoi, Vietnam, Khamis.

Keputusan tersebut sudah memadai buat anak didik Zhang Hong untuk melangkah ke separuh akhir dengen perbezaan gol yang lebih baik dengan Filipina walaupun kedua-dua pasukan itu menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan enam mata selepas tiga perlawanan.

Pada perlawanan hari ini, Catherine Pardilla meletakkan Filipina di hadapan dengan jaringan pada minit ke-16 sebelum Malaysia menyamakan kedudukan menerusi Anis Aishah Asiati Raili, dua minit kemudian.

Nor Athirah Mamat meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-35 namun pemain pertahanan negara, Rosdianah Adeline Jerus menjaringkan gol sendiri pada minit ke-70 untuk membolehkan Filipina berkongsi mata.

Bagaimanapun, Malaysia akan mengharungi laluan getir pada separuh akhir apabila berdepan dengan juara bertahan Thailand, Sabtu ini.

Thailand mengekalkan rekod tanpa kalah apabila membelasah Myanmar 7-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan A.

Dalam satu lagi saingan Kumpulan B, Vietnam muncul juara kumpulan selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menewaskan Singapura 6-1.
Vietnam akan bertemu Myanmar pada perlawanan separuh akhir, Sabtu ini.
AFC, U14, Malaysia, Girl

Artikel Lain