suria

Sergio Ramos Mahu Real Madrid Bincang Dengan Man United

MANCHESTER United dilapor telah melakukan bidaan terbuka bagi mendapatkan Sergio Ramos dan pertahanan berkenaan telah memberitahu kelab itu untuk menerimanya.

Daily Mail melaporkan, United dipercayai melakukan bidaan bernilai £35 juta selepas Sergio menemui pegawai atasan Real Madrid pada Rabu bagi menegaskan pendiriannya untuk meninggalkan kelab berkenaan.

Dalam pertemuan itu, Ramos yang ditemani ejennya, Rene Ramos dikatakan telah menemui Ketua Eksekutif Madrid, Jose Angel Sanchez untuk meminta kelab itu berbincang secara terbuka dengan United.

Bidaan terbuka itu dikatakan telah dibuat tanpa mengaitkan penjaga gol United, David De Gea yang diminati Real Madrid.

Sergio bersedia untuk meninggalkan Real Madrid selepa Presiden kelab itu, Florentino Perez enggan melakukan perbincangan untuk melanjutkan kontraknya yang bakal tamat dalam tempoh dua tahun lagi.

Real Madrid, Manchester United

Artikel Lain