suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Dunia Wanita 2015: England Singkir Norway, Mara Ke Suku Akhir

PASUKAN bola sepak wanita England mengecewakan skuad Norway selepas mencatat kemenangan 2-1 di Stadium Lansdowne, Ottawa, Kanada pada aksi 16 pasukan terakhir Piala Dunia Wanita 2015 awal pagi Selasa.

Pemain-pemain Norway tampil selesa menguasai permainan dan berjaya membuka jaringan pada minit ke-54 melalui Solveig Gulbrandsen selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada babak pertama perlawanan.

Namun kapten England, Steph Houghton menyamakan kedudukan pada minit ke-61 melalui tandukan tepat ke arah gol selepas menerima sepakan penjuru dari sebelah kanan.

Kedudukan seri 1-1 membuatkan perlawanan lebih rancak bagi merebut tiket ke suku akhir.

Bagaimana pun, Lucy Bronze yang bermain di bahagian pertahanan mempamerkan aksi cemerlang menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-76 dari jarak 25 ela.

Jaringan tersebut merupakan yang pertama dalam penampilan sulung Bronze pada aksi piala dunia ini.

Pasukan England yang dibimbing Mark Sampson bakal bertemu tuan rumah, Kanada pada saingan pertama suku akhir Sabtu ini.

Artikel Lain