suria

De Gea Dedah Mahu Ke Real Madrid

DAVID De gea dilapor telah memberitahu rakan sepasukan di Manchester United bahawa dia akan meninggalkan kelab itu untuk ke Real Madrid.

Masa depan penjaga gol itu di United jadi tidak menentu apabila Real Madrid menyatakan hasrat untuk mendapatkannya pada jendela pemindahan Julai ini.

Berikutan itu, penjaga gol Sepanyol berkenaan mendedahkan kepada rakan-rakannya berhubung keinginannya untuk ke Real Madrid pada musim depan.

De Gea juga dikatakan telah bercakap secara terbuka mengenai perpindahannya ke Real Madrid bersama rakan-rakan di Old Trafford.

Daily Mail melaporkan, Real dijangka akan membuat bidaan rasmi sebanyak £13 juta terhadap penjaga gol berusia 24 tahun itu pada awal minggu depan.

Berikutan pemindahan De Gea, Louis van Gaal dilapor akan menyerahkan tugasan penjaga gol utama kepada Victor Valdes yang juga seorang bintang Sepanyol.

Selain itu, penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris antara nama disebut akan menggantikan De Gea.

Manchester United, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Copa America

Artikel Lain