suria

Serbia Menang Piala Dunia Bawah 20 Tahun Tewaskan Brazil 2-1

Andreas Pereira diserbu oleh rakan-rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol penyamaan Brazil tetapi itu tidak memadai untuk menyekat Serbia daripada menjulang Piala Dunia Bawah 20 Tahun.

> Penyerang Manchester United Andreas Pereira jadi hero Brazil

> Tapi jaringannya tidak cukup untuk menumpaskan Serbia

> Serbia menang 2-1 selepas masa tambahan

> Nemanja Maksimovic menjadi hero Serbia jaringkan gol kemenangan

> Ini adalah kejuaraan pertama Serbia di kejohanan Bawah 20 Tahun

AUCKLAND: Serbia muncul juara Piala Dunia Bawah 20 Tahun yang berlangsung di sini pada Sabtu selepas menumpaskan Brazil 2-1 selepas waktu tambahan.

Perlawanan terikat 1-1 selepas tamat masa permainan tetapi Serbia berjaya mencuri peluang keemasan dengan menjaringkan gol kemenangan sewaktu perlawanan berlanjutan ke masa tambahan. 

Sebelum itu, Serbia hampir-hampir dinobatkan sebagai juara apabila Stanisa Mandic menjaringkan gol sewaktu permainan berbaki 20 minit sahaja lagi tetapi tiga minit kemudian, penyerang Manchester United, Andreas Pereira menjadi hero Brazil dengan menyamakan kedudukan 1-1.

Nemanja Maksimovic kemudiannya memusnahkan harapan Brazil apabila dia menyumbat gol kemenangan Serbia pada minit ke-118 iaitu ketika baki perlawanan hanya tinggal dua minit sahaja lagi. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain