suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wilshere Kena Denda, Amaran Akibat Komen Kontroversi

Wilshere didenda dan diberi amaran keras kerana komen kontroversinya mengenai kelab musuhnya baru-baru ini.

LONDON: Bintang Arsenal, Jack Wilshere didenda £40,000 (RM235,000) dan diberi amaran selepas didapati bersalah kerana berkelakuan tidak senonoh dan mengeluarkan kenyataan kontroversi terhadap kelab Tottenham.

Pemain England berusia 23 tahun itu menggunakan mikrofon dan mengetuai penyokong dalam dua nyanyian tidak sopan mengenai musuh tradisi mereka itu ketika berarak dalam sehari selepas Arsenal menang 4-0 ke atas Aston Vila pada final Piala FA bulan lalu.

“Pemain Arsenal, Jack Wilshere didenda £40,000 dan diberi amaran keras mengenai kelakuannya. Dia mengaku bersalah terhadap tuduhan salah laku itu.

“Wilshere didapati bersalah melakukan komen tidak sepatutnya ketika jelajah trofi dalam bas tidak berbumbung selepas kejayaan final Piala FA kerana kelakuannya tidak senonoh dan mampu mencetus pertikaian,” menurut kenyataan Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris.

Wilshere menyatakan kekesalan mengenai sikapnya itu.

“Berkongsi kemenangan Piala FA berturut-turut dengan ramai penyokong Gooners satu impian menjadi kenyataan. Mohon maaf jika saya menyinggung perasaan anda dengan cara saya meraikannya,” tulisnya dalam Twitter selepas insiden itu. - AFP


Jack Wilshere, Arsenal, England

Artikel Sebelum

Artikel Lain