suria

Jangan Guna Lagi Khidmat Pemain JDT - Tunku Ismail

Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBSJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengecam tindakan segelintir pihak yang menyalahkan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) setiap kali skuad kebangsaan Malaysia mencatat kekalahan.

Malah, Tunku Ismail yang juga Tengku Mahkota Johor (TMJ) turut menasihatkan pengurusan pasukan Harimau Malaya agar tidak menyenaraikan pemain JDT pada masa akan datang. 

Pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa, Harimau Malaya menurunkan lima pemain JDT iaitu penjaga gol, Farizal Marlias, Safiq Rahim, Amri Yahaya, S Kunalan, Mohammad Fadhli dalam kesebelasan utamanya.

Dua lagi pemain JDT, Mahali Jasuli dan Safee Sali dimasukkan sebagai pemain gantian.

Disebalik nama-nama besar itu, Harimau Malaya tewas 0-6 kepada Palestin.

"Ada beberapa pihak menyalahkan pemain Johor Darul Ta'zim setiap kali pasukan kebangsaan kalah teruk.

"Nasihat saya kepada pengurusan pasukan kebangsaan, jangan gunakan lagi pemain pasukan JDT untuk mewakili pasukan kebangsaan pada masa akan datang," katanya menerusi kenyataan dalam laman Facebook rasmi JDT, JOHOR Southen Tigers, Rabu.

Beliau dalam nada sinis turut menggesa pengurusan pasukan kebangsaan untuk menagih khidmat pemain lebih handal dari pasukan lain.




Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain