suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kelayakan Euro 2016: Hatrik Lewandowski Hampir Lenyapkan Rekod Arif Erdem

PEMAIN dari Poland Robert Lewandowski berjaya menjaringkan hatrik dalam masa kurang empat minit dalam perlawanan pada Sabtu.

Lewandowski melakukan hatrik dalam tempoh tiga minit 59 saat, sekali gus menyaksikan pasukan itu menewaskan Georgia 4-0 dalam saingan pusingan kelayakan Euro 2016.

Gol pertama hadir pada minit ke-89 dan dua yang lain dilakukan pada masa kecederaan, hampir melenyapkan rekod hatrik yang dicatatkan dalam pusingan kelayakan Euro yang sebelum ini dipegang oleh Arif Erdem dari Turki, yang menjaringkan tiga gol dalam masa tiga minit menentang Ireland Utara pada 1999.

Hatrik terpantas dalam Liga Perdana Inggeris/bola sepak Inggeris dipegang oleh Sadio Mane (176 saat), yang dicatatkan 16 Mei lalu mengalahkan rekod Robbie Fowler yang menjaringkan tiga gol dalam perlawanan menentang Arsenal dalam masa empat minit 33 saat pada Ogos 1994.

Artikel Berikut

Artikel Lain