suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Balotelli Tidak Tahu Lagi Bertutur Bahasa Negara Kelahirannya

PEMAIN bermasalah, Mario Balotelli enggan menjawab pertanyaan wartawan Itali dengan mendakwa dia tidak tahu lagi bertutur dalam bahasa negara kelahirannya.

Balotelli ditemui kumpulan media Itali ketika hadir menonton adiknya, Enoch yang juga seorang pemain bola sepak beraksi dalam satu kejohanan di negara berkenaan.

Balotelli dilaporkan berkata kepada media dalam bahasa Itali," saya tidak tahu lagi bertutur bahasa Itali."

Dengan jawapan itu, wartawan tidak lagi bertanyakan soalan kepadanya dan pemain berkenaan dikatakan berjaya melepaskan diri daripada pihak media.

Sementara itu, ejen Balotelli menafikan bahawa pemain tersebut akan meninggalkan Liverpool walaupun khidmatnya seakan tidak diperlukan lagi.

Itali, Mario Balotelli

Artikel Sebelum

Artikel Lain