suria

Enjin Baru Ferrari Rapatkan Jurang Kedudukan

PASUKAN Ferrari menggunakan tiga token enjin baharu bagi perlumbaan Formula Satu (F1) di Kanada untuk merapatkan jurang dengan pasukan juara dunia.

Walaupun mencatat masa yang memuaskan pada sesi latihan, Sebastian Vettel menghadapi masalah semasa ujian kelayakan apabila enjin yang digunakan mengalami kerosakan.

Pada sesi perlumbaan, Vettel berjaya mendapat kedudukan kelima selepas memulakan perlumbaan dari tempat ke-18.

Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton merasakan kejadian itu membuatkan dia berasa sedikit tenang sebelum memulakan perlumbaan.

"Kim mengalami masalah selepas membuat hentian pit pertama atau mungkin dia tidak bersama kami pada awal perlumbaan.

"Sebastian juga tiada di bahagian hadapan bersama kami dan kebiasaannya dia merupakan yang paling laju diantara kedua mereka.

"Mungkin kerana masalah yang berlaku kami tidak dapat melihat kelajuan sebenar jentera Ferrari tapi saya percaya kami akan saksikannya pada perlumbaan seterusnya," kata Hamilton.

Bagaimanapun, rakan sepasukan Hamilton, Nico Rosberg yang sekali menamatkan perlumbaan di belakang rakannnya berkata Mercedes mempunyai sebab untuk berpuas hati.

"Walaupun Ferrari memberikan banyak cabaran, kami sentiasa berjaya untuk mengekalkan kelebihan kami jadi itu merupakan satu perkara yang baik untuk kami," kata Rosberg.

Juara Dunia 2014 itu kembali sebagai pemenang apabila mendominasi perlumbaan selepas membuat hentian pit berikutan kekalahan ke atas Rosberg pada perlumbaan di Sepanyol serta Monaco.

"Saya tidak rasa saya perlu berasa lega.

"Saya mencatatkan masa terpantas dalam semua ujian masa sebelum ini.

"Saya mempunyai masalah dan itu membenarkan Nico memenangi perlumbaan tetapi jika dilihat saya mencatat kelajuan yang memuaskan pada dua perlumbaan terakhir," kata Hamilton lagi.

Ferrari

Artikel Sebelum

Artikel Lain