Sevilla Juara Liga Europa - Sukan | mStar

Sevilla Juara Liga Europa

WARSAW: Sevilla muncul sebagai pasukan pertama yang berjaya menjuarai Liga Europa sebanyak empat kali selepas menewaskan Dnipro Dnipropetrovsk 3-2 pada Rabu.

Carlos Bacca muncul sebagai hero kelab Sepanyol itu apabila menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan berbaki 17 minit bagi memastikan Sevilla layak ke Liga Juara-Juara Eropah pada tahun depan.

Dalam perlawanan itu, kelab Ukraine, Dnipro terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Nikola Kalinic ketika perlawanan baru memasuki minit ketujuh.

Bagaimanapun Grzegorz Krychowiak dan Bacca kembali meletak Sevilla di depan dengan kedudukan 2-1.

Usaha Dnipro untuk menyamakan kedudukan terhasil sebelum babak pertama tamat apabila Ruslan Rotan menjaringkan gol kedua melalui sepakan percuma.

Usaha berterusan kedua-dua pasukan untuk mendapatkan gol pada babak kedua bagaimanapun terhalang oleh aksi konsisten pemain-pemain.

Ternyata tuah menyebelahi Sevilla apabila Bacca berjaya menggegarkan jaring Dnipro untuk menjadikan keputusan 3-2.

Jaringan menerusi bola volley itu berjaya membawa Sevilla menjulang Piala Liga Europa buat kali keempat dan kali kedua dalam tempoh 10 tahun. - AFP

Liga Europa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Agong bantu mangsa kemalangan