suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ander Herrera Nafi Terlibat Atur Perlawanan

PEMAIN tengah Manchester United, Ander Herrera menafikan terlibat dalam kes mengatur perlawanan yang bakal membawanya ke penjara.

Bekas pemain Real Zaragoza itu disenaraikan antara pemain yang terlibat dalam aktiviti mengatur perlawanan pada 2011 yang kini disiasat oleh badan pencegahan rasuah di Sepanyol.

Selain Herrera, terdapat 40 pemain, pengurus dan pengarah bakal berdepan tindakan dipenjara atau disekat terlibat dalam bola sepak selama enam tahun jika disabit kesalahan.

Pendakwaraya Sepanyol, Alejandro Luzon memberitahu, sekurang-kurangnya seramai 25 pemain dipercayai terlibat dalam kes yang sedang diperingkat mahkamah ketika ini.

Herrera membuat penafian tersebut menerusi laman sosial Facebook miliknya.

"Saya tidak pernah dan tidak akan memanipulasi keputusan perlawanan.

"Jika saya dipanggil dalam perbicaraan, saya gembira untuk menghadirinya kerana bersih.

"Saya cintakan bola sepak dan percaya terhadap fair play," jelasnya.

Manchester United

Artikel Berikut

Artikel Lain