suria

Van Gaal, Van Persie Terima Anugerah Ahli Sukan Belanda

LOUIS VAN GAAL dianugerahkan sebagai jurulatih terbaik Belanda selepas berjaya memimpin skuad negara berkenaan melangkah ke separuh akhir pada saingan Piala Dunia baru-baru ini.

Van Gaal yang meninggalkan skuad Belanda bagi melatih pasukan Manchester United sejak Julai lalu menerima anugerah tersebut pada majlis Dutch Sports Gala pada Selasa malam.

Manchester United boss Louis van Gaal makes a speech after being named coach of the year in Holland

Jurulatih berusia 63 tahun itu juga berjaya membawa Belanda berada dalam kelompok empat pasukan terakhir pada saingan Piala Dunia di Afrika Selatan.

Jawatan yang ditinggalkan Van Gaal di Belanda telah diambil alih oleh jurulatih berpengalaman iaitu Guss Hiddink.

Selain Van Gaal, Rabin van Persie turut menerima anugerah berikutan aksi cemerlangnya ketika skuad Belanda menewaskan Sepanyol 5-1 di Brazil.

Van Gaal right high-fives Robin van Persie during Holland's 5-1 win against Spain at the World Cup

Penyerang yang sedang meniti ke penghujung karier itu menerima anugerah daripada rakan sepasukan di United iaitu Daley Blind.

Pada majlis itu juga, bintang Bayern Munich, Arjen Robben dianugerahkan ahli sukan tahunan bagi negara berkenaan.

Bayern Munich winger appears on a big screen to collect his sportsman of the year award on Tuesday night





Manchester United, Belanda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain