suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Carrick Harap Van Persie Terus Buru Gol

MICHAEL CARRICK berharap jaringan ketiga Manchester United ketika menentang Hull City yang dihasilkan oleh Robin van Persie akan menjadi permulaan yang baik untuk pasukan itu.



Hal ini kerana Van Persie yang mengetuai jentera serangan United gagal menjadikan bahagian itu digeruni walaupun turut dibantu Wayne Rooney dan Angel Di Maria.

Bagaimanapun, jaringan Rooney dan Van Persie pada Sabtu lalu dijangka akan membawa barisan serangan kembali di landasan asal iaitu mendapat lebih banyak jaringan dan digeruni lawan.

Carrick memberitahu, Van Persie menggandakan usaha selepas dikritik oleh Louis van Gaal berikutan prestasinya.

"Van Persie telah melakukan usaha terbaik dengan menjaringkan gol ketika menentang Hull. Ianya jaringan yang cantik walaupun telah dikritik.

"Semua pemain akan dikritik. Tetapi apabila dapat melakukan yang terbaik anda akan menghentikan kritikan tersebut. Van Persie telah jawab (kritikan terhadapnya) semasa menentang Hull," jelasnya.



Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain