suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Webber Terselamat Dalam Kemalangan Ngeri Di Sao Paulo

BEKAS pelumba Formula Satu (F1), Mark Webber bernasib baik selepas terlibat dengan kemalangan ngeri ketika perlumbaan Endurance Dunia di Brazil pada Ahad.

Pelumba Australia berusia 38 tahun itu memandu Porche 911 terbabas dan dilanggar pelumba Ferrari Matteo Cressoni pada selekoh terakhir perlumbaan enam jam di Sao Paulo sebelum merempuh menghadang jalan.

Bagaimana pun Webber yang bersara dari perlumbaan F1 tahun lalu tidak mengalami kecederaan serius.

Malah di laman Facebook rasminya juga, Webber mendedahkan dia 'okay' dan telah menjalani rawatan.

"Selepas kemalangan pada perlumbaan enam jam di Sao Paulo, Webber berada dalam keadaan sedar. Dia juga telah dibawa ke hospital," jelas kenyataan.

Selepas 12 tahun mencatat pelbagai kejayaan dalam saingan F1, bekas pelumba Red Bull ini menyertai pasukan Porche dalam siri Endurance Dunia dan berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-9 keseluruhan musim ini.

Mark Webber, Endurance Dunia, Porche

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain