suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van Persie Akui Kempunan Untuk Jaring Gol

ROBIN VAN PERSIE mengakui lega setelah berjaya menghasilkan satu daripada tiga gol ketika menentang Hull City pada Sabtu.

Dalam perlawanan di Old Trafford itu, anak didik Louis van Gaal berjaya menewaskan Hull 3-0 hasil jaringan Chris Smalling, Wayne Rooney dan Van Persie.

"Saya gembira dapat menjaringkan gol. Secara jujurnya saya memang mahukan gol dalam perlawanan ini.


"Kami bermain dengan baik, anda dapat melihatnya ketika kami menghantar bola. Setiap minggu kami bermain dengan lebih baik dan pantas.

"Hari ini sepatutnya kami menang 4-0 atau 5-0, tetapi semuanya cukup baik.

"Pengurus memberitahu, perlawanan kali ini adalah yang terbaik sejak awal musim dan saya juga berasa demikian," kata pemain kelahiran Belanda itu.

Dalam perlawanan itu, dua pemain yang mengalami kecederaan iaitu Marcos Rojo dan Radamel Falcao kembali mempamerkan aksi mereka.





Manchester United

Artikel Berikut

Artikel Lain