suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seri Dengan Sunderland, Mourinho Puas Hati

Jose Mourinho.
PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho menegaskan beliau berpuas hati dengan kutipan satu mata selepas pasukannya seri tanpa jaringan dengan Sunderland pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi Ahad.

Ia adalah perlawanan pertama yang menyaksikan The Blues gagal menjaringkan sebarang gol.

Mourinho, bagaimanapun, tidak mengeluh mengenai persembahan anak buahnya malah berpuas hati dengan keputusan tersebut.

"Tiada apa yang negatif untuk dikatakan mengenai pasukan saya. Ia perlawanan sukar. Hanya satu pasukan ingin menang tetapi pasukan lain mahu menyekat kemenangan itu dan mereka berjaya melakukannya.


"Benteng pertahanan mereka dikawal dengan rapi. Mereka banyak bertahan dan itu bukan satu jenayah, ia sebahagian daripada permainan. Ia strategi dan mereka berjaya.

"Pemain saya cuba melakukan apa sahaja. Kami mengambil risiko dan menamatkan permainan dalam keadaan kepenatan," kata Mourinho.

Kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk memecah kebuntuan tetapi ia gagal dimanfaatkan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Keputusan seri itu menyaksikan Chelsea kekal menguasai kedudukan teratas liga dengan kelebihan tujuh mata di hadapan Southampton yang menduduki tempat kedua.

Chelsea akan bertemu Tottenham Hotspur di Stamford Bridge pada Rabu ini.


Jose Mourinho, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain