suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiket Perlawanan Malaysia-Singapura 85 Peratus Habis Dijual

SINGAPURA: Perlawanan 'Causeway Derby' Piala AFF Suzuki antara Malaysia dengan Singapura di Stadium Nasional Singapura pada Sabtu mendapat respons memberangsangkan peminat kedua-dua pasukan.

Menurut Facebook Persatuan Bolasepak Singapura (FAS), kira-kira 85 peratus tiket bagi perlawanan Kumpulan B itu habis dijual di stadium yang berkapisiti 55,000 tempat duduk.

FAS berkata tiket konsesi bagi semua kategori untuk peminat kedua-duacpasukan turut habis dijual. 

Namun tiket masih boleh diperoleh menerusi Sports Hub Tix diwww.sportshubtix.sg, kaunter box office Sports Hub di Stadium Tertutup Singapura atau sebarang saluran SingPost di republik itu.

Pasukan yang menang dalam pertandingan itu akan memastikan tempat ke separuh akhir edisi ke-10 kejohanan.

Vietnam dan Filipina telah menempat tiket antara empat pasukan ke separuh akhir, termasuk Thailand.

Piala AFF Suzuki, Malaysia, Singapura

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain