suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rodgers Ubah Corak Serangan Liverpool Untuk 'Keluar Gua'

PENGENDALI Liverpool, Brendan Rodgers mengakui sedang melakukan rombakan terhadap corak serangan pasukan itu selepas mereka menghuni tangga ke-12 ketika ini.

Pada musim lalu, gaya serangan yang diilhamkan Rodger serta dibarisi Luis Suarez, Daniel Sturidge dan Raheem Sterleing berjaya membawa skuad berkenaan sebagai naib juara Liga Perdana Inggeris.



Malagnya, corak tersebut tidak lagi membawa tuah buat Liverpool apabila Suarez berhijrah ke Barcelona manakala Sturidge dibelenggu kecederaan.

Berikutan itu, Rodgers perlu merencana serangan baharu yang mampu dimanfaatkan oleh penyerang baharu iaitu Mario Balotelli dan Lazar Markovic.

"Saya bukan berfantasi. Saya punyai kaedah, kepercayaan dan falsafah. Oleh itu saya perlu berubah untuk mendapatkan keputusan lebih baik," katanya.

Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain