suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van Persie Dedah Rahsia Nombor Jersi Di Man United

ROBIN van Persie akhirnya mendedahkan rahsia disebalik nombor jersi yang dipakainya di Manchester United sejak mewakili kelab tersebut pada 2012.

Penyerang kelahiran Belanda itu memberitahu, ketika mula menandatangani kontrak bersama United, dia diberi pilihan jersi bernombor 20 dan 21.

"Ketika itu saya tidak kisah mengenai nombor yang diberikan. Namun pihak pengurusan mahu saya membawa maksud lebih bermakna kepada kelab.



"Rene Meulensteen (penolong jurulatih) kemudian meminta saya memilih nombor 20 kerana ketika itu United telah berjaya memenangi kejuaraan liga sebanyak 19 kali.

"Ini kerana apabila beraksi nanti, mereka mahu saya membantu mendapatkan kejuaraan kali ke-20 buat kelab itu.

"Oleh itu saya berkata 'yeah, saya rasa kamu (Meulensteen) betul. Saya perlu menyarung jersi bernombor 20," dedahnya kepada media.

Dengan kehadiran Van Persie, United akhirnya berjaya mengumpul kejayaan kali ke-20 menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Artikel Sebelum

Lionel Messi Sedia Ke Chelsea?

Artikel Berikut

Artikel Lain