suria

Rojo Kembali Jalani Latihan Penuh

MARCOS ROJO bakal memulihkan masalah kecederaan yang menimpa barisan pertahanan Manchester United apabila kembali menjalani latihan penuh bersama skuad itu pada Khamis.

United yang bakal berdepan Hull City pada Sabtu mahu meneruskan rentak kemenangan yang diperolehi ke atas Arsenal.

Rojo mengalami kecederaan terliuh bahu ketika mewakili United menentang Manchester City dan terpaksa direhatkan selama empat minggu sebelum kembali menjalani latihan.

Berikutan itu, pemain Argentina terbabit disebut bakal diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam perlawanan Sabtu ini.



Jika tidak, Rojo akan diberi tanggungjawab penting dalam mengawal serangan skuad Southampton yang kini menghuni tangga kedua Liga Perdana Inggeris pada 8 Disember ini.

Kemunculan Rojo dalam latihan itu turut melegakan pengendali United, Louis van Gaal selepas kehilangan Phil Jones, Rafael dan yang terbaharu Luke Shaw.

Seorang lagi pemain pertahanan yang cedera, Jonny Evans kembali bermain untuk skuad simpanan kelab itu pada pertengahan minggu lalu sebagai ujian kecergasan sebelum bersama pasukan utama.

Bagaimanapun, Evans hanya bermain selama 30 minit sebelum direhatkan semula supaya kecederaan itu tidak berulang.

Pertahanan kiri United, Luke Shaw pula bakal direhatkan selama dua minggu akibat masalah buku lali dan ligamen.  

Manchester United, Marcos Rojo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain