suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ludogorets Sekat Hajat Liverpool Raih 3 Mata

SOFIA, Bulgaria: Ludogorets berjaya menghasilkan gol penyamaan di akhir perlawanan untuk memastikan Liverpool gagal pulang dengan tiga mata penuh dalam aksi Liga Juara-juara Eropah yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 pada Khamis.

Bagaimanapun jaringan tersebut gagal membantu skuad tuan rumah untuk layak ke pusingan kalah mati.

Malah keputusan seri itu juga memaksa Liverpool untuk bekerja keras dengan mencatat kemenangan ke atas Basel dalam perlawanan seterusnya jika ingin layak ke pusingan kalah mati.

Dalam perlawanan itu, Ludogorets berjaya berada di depan hasil jaringan Dani Abalo pada minit ketiga akibat kesilapan penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet.


Tersentak dengan jaringan tersebut, Rickie Lambert bijak memperdayakan pertahanan tuan rumah untuk menjaringkan gol penyamaan lima minit kemudian.

Pada minit ke-37, Jordan Henderson kembali meletakkan Liverpool di depan dengan menghasilkan jaringan kedua skuadnya.



Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan 1-2, pertahanan Ludogorets, Georgi Terziev tampil menggamatkan stadium dengan jaringan penyamaan.






Liverpool, Ludogorets

Artikel Sebelum

Sanogo Bantu Arsenal Benam Dortmund

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Artikel Lain