suria

Sanogo Bantu Arsenal Benam Dortmund

YAYA SANOGO akhirnya berjaya menutup mulut pengkritik apabila menghasil jaringan pertama untuk Arsenal ketika membantu skuadnya menewaskan Borussia Dortmund dalam saingan Liga Juara-juara Eropah pada Khamis.

Menerusi jaringan berkenaan, pemain muda Perancis terbabit turut berjaya membantu Arsenal untuk layak ke saingan kalah mati.

Pengendali Arsenal, Arsene Wenger terpaksa menurunkan Sanogo untuk mengetuai bahagian serangan apabila Danny Welbeck mengalami kecederaan manakala Olivier Giroud tidak didaftarkan.

Bagaimanapun, Sanogo bijak menggunakan peluang tersebut untuk bergandingan dengan Santi Cazorla dan memberi tekanan kepada pertahanan pelawat.

Gol kedua Arsenal pula dijaringkan oleh Alexis Sanchez pada minit ke-13.



Dengan kemenangan itu, Dortmund dan Arsenal berjaya layak ke pusingan kalah mati bagi kumpulan D.

Sementara itu, walaupun mencipta gol kemenangan, Yaya menjadi bahan lawak dan penghinaan kepada penyokong kelab dari Jerman itu.

Wenger memilih Yaya sebagai kesebelasan utama menentang kelab bimbingan Jurgen Klopp itu.

Ternyata keputusan Wenger tepat apabila pemain kelahiran Perancis berusia 21 tahun itu menjaring gol pertama Arsenal di minit kedua.

Ia adalah gol pertama Yaya sejak 144 minit beraksi di padang.

Sejurus selepas menjaringkan gol, peminat Borussia Dortmund menulis di Twitter: “???” sebagai membayangkan mereka tidak mengenali Yaya.





Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain