suria

Ashley Young Bari Amaran Man United Mahu Juarai EPL

PEMAIN sayap Manchester United, Ashley Young memberi amaran bahawa kelabnya mahukan gelaran juara Liga Perdana Inggeris walaupun Chelsea mendahului carta liga ketika ini.

Amaran itu dilontarkan pemain terbabit berdasarkan kejayaan United mempamerkan peningkatan dengan menewaskan Arsenal 2-1 di Stadium Emirates, Sabtu lalu.

Menurutnya, para pemain kini menanam harapan untuk membawa United kembali menguasai carta liga dan layak ke Liga Juara-juara Eropah.

Louis van Gaal yang dibawa bagi menggantikan David Moyes pada musim ini diberi tanggungjawab untuk meletakkan United di kelompok empat teratas liga serta ke Liga Juara-juara Eropah.

Bagaimanapun, berdasarkan corak permainan yang membawa kemenangan baru-baru ini, Ashley yakin Van Gaal sedang membimbing mereka untuk kembali menguasai carta liga.

"Pengurus telah berkata dengan jelas kami perlu memecah kelompok empat teratas liga. Tetapi kamu tahu bahawa pemain dan kakitangan kelab ingin menjuarai liga.

"Dia (Van Gaal) memiliki aura. Ia jelas ketika dia berada di padang latihan. Dia memberikan kepercayaan kepada setiap pemain dan mahukan mereka melakukan yang terbaik," katanya.



Ashley Young, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain