suria

578 Pemain Rebut Gelaran Juara Terbuka Antarabangsa Skuasy

Lau Bik Soon

KUALA LUMPUR: Sebanyak 578 pemain terdiri daripada 378 remaja lelaki dan 200 remaja perempuan dari 13 negara akan bersaing bagi merebut kejuaraan di Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Antarabangsa REDtone Kuala Lumpur 2014.

Kejohanan dari 2 hingga 7 Dis itu, akan berlangsung di dua venue iaitu Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil dan Gelanggang Skuasy Jalan Duta.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Steven Kwan berkata pihaknya menerima empat penyertaan baharu pada kejohanan edisi kelapan itu iaitu Australia, Indonesia, Papua New Guinea dan Thailand.

Negara lain yang mengesahkan penyertaan ialah Singapura, Hong Kong, Sri Lanka, Jepun, Korea Selatan, India, Pakistan, Iran dan tuan rumah Malaysia.

"Kejohanan ini bermula dengan 80 penyertaan pada 2005 dan ia terus mendapat sambutan. Kami sememangnya berpuas hati dengan penyertaan peserta yang bukan sahaja dari Malaysia tetapi dari negara lain. Kami perlu berterima kasih kepada REDtone yang terus menyokong (penganjuran kejohanan ini)," kata Kwan dalam kenyataan yang dikeluarkan Redtone, Rabu.

Kwan berkata enam kategori dipertandingkan pada kejohanan berkenaan iaitu, masing-masing lelaki dan perempuan bawah sembilan tahun, bawah 11 tahun, bawah 13 tahun, bawah 15 tahun, bawah 17 tahun dan bawah 19 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan REDtone Lau Bik Soon berkata pembekal perkhidmatan telekomunikasi itu gembira untuk terus menaja kejohanan berkenaan terutama selepas kejayaan pada dua edisi lepas.

"Kami merasakan Persatuan Raket Skuasy Wilayah Persekutuan sangat komited (dalam memajukan sukan skuasy). Skuasy semakin diminati dalam kalangan rakyat Malaysia dan kami teruja untuk memainkan peranan ini.

"Selain itu, ia juga sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat kami untuk memberi

Skuasy, REDTone

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain