suria

Man United Akan Berjaya Jika Pemain Berdisiplin - Van Gaal

LOUIS VAN GAAL percaya Manchester United  akan menjadi lebih baik dan menguasai Liga Perdana Inggeris jika pemainya lebih berdisiplin.

Pengurus United itu yang kini tertekan kerana kehilangan sembilan pemain ketika bertemu Everton di Old Trafford pada Ahad terpaksa mempertaruhkan Paddy McNair, 19, di barisan pertahanan untuk kali kedua.

Van Gaal yang telah mempertaruhkan tiga pemain bertaraf bintang di bahagian serangan menjagkakan dia telah mendapat sembilan gol daripada tiga perlawanan sebelum ini.

Bagaimanapun dia  terkilan kerana belum memperolehi jumlah jaringan tersebut menerusi pemain seperti Angel Di Maria, Radamel Falcao dan Van Persie kerana tahap disiplin.

Adnan Januzaj, Robin van Persie and Wayne Rooney of Manchester United show their disappointment during the Premier League match against Leicester on September 21, 2014 . (Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

"Saya mahu barisan pertahanan menjadi lebih baik tetapi sistem pertahanan yang kuat bermula di posisi serangan yang berdisiplin. Media menulis tentang masalah pertahanan yang lemah sahaja - oleh itu saya akan membetulkan persepsi tersebut.

"Untuk mendapatkan gol, ia merupakan kerja berpasukan. Bukan kerana salah seorang pertahanan atau individu lain. Ia bermula di tempat lain yang memerlukan kita menambah baik di situ.

"Kebanyakan pasukan dapat menjaringkan gol dan mengatasi United ketika melakukan serangan balas, sepakan penjuru dan sepakan percuma, kita akan menganalisisnya lagi," jelas Van Gaal.

Katanya, berikutan itu adalah tidak adil jika hanya barisan pertahanan dipersalahkan.

Pada musim lalu Everton berjaya menewaskan United dalam kedua-dua perlawanan Liga Perdana Inggeris sebelum David Moyes dipecat pada April.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain