suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadal Tersingkir Di Suku Akhir Terbuka China

Rafael Nadal.
PEMAIN tenis No.2 dunia, Rafael Nadal tewas 6-7, 6-4, 6-3 kepada Martin Klizan pada aksi suku akhir Terbuka China yang berlangsung selama dua jam 36 minit.

Klizan mempamerkan aksi bertenaga apabila berjaya mematahkan servis Nadal sebanyak lima kali.

Nadal yang baharu sahaja kembali beraksi selepas berehat selama tiga bulan akibat kecederaan di pergelangan tangan dilihat masih belum menemui semula rentak permainannya.

Gelanggang di Beijing pernah membawa tuah buat Nadal di mana beliau menjuarai kejohanan itu pada 2005 dan memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik di tempat sama pada 2008.

Klizan akan bertemu Tomas Berdych yang menundukkan John Isner 6-1, 64 di separuh akhir.

Sementara itu, pemain Britain Andy Murray akan bertemu Novak Djokovic pada aksi separuh akhir berasingan.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Tenis Terbuka China

Artikel Lain